Mengenai Kami

 

MAKLUMAT KORPORAT

PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara. Sepanjang empat dekad yang lalu, PNB telah berkembang menjadi syarikat pengurusan dana yang terbesar di Malaysia. Mengekalkan fokus kepada mandat kami, kami berusaha memperkayakan kehidupan Bumiputera dan semua rakyat Malaysia demi kemakmuran negara.

VISI

Untuk menjadi sebuah Institusi Pelaburan Distinktif Bertaraf Dunia.

MISI

Untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara.

NILAI-NILAI KAMI

KECEKAPAN

Kami mempunyai kecekapan yang perlu untuk mencapai prestasi tinggi.

RENDAH DIRI

Kami sentiasa menghormati orang lain, menjiwai asal usul kami, sentiasa sedar bahawa kami mempunyai tujuan yang lebih besar.

INTEGRITI

Kami sama sekali tidak akan berkompromi dalam hal integriti dan berpegang teguh kepada standard etika yang tinggi.

CERMAT

Kami sentiasa fokus melindungi pelaburan pemegang unit amanah kami.

SEMANGAT

Kami sentiasa bersemangat tinggi untuk memperoleh pencapaian luar biasa.