KOMUNITI

 

LITERASI KEWANGAN

Dalam perjalanan PNB selama lebih dari 40 tahun sebagai institusi pelaburan utama di negara ini, kami memberi keutamaan bukan sahaja untuk menyampaikan mandat kami bagi mencipta kekayaan untuk Bumiputera dan rakyar Malaysia keseluruhannya, tetapi juga untuk memastikan bahawa kami memberi impak positif kepada ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Pendidikan kewangan untuk orang awam telah dan akan terus menjadi keutamaan kami kerana ia memperkenalkan masyarakat ke arah celik kewangan.

MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA (MSAM)

Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) diadakan secara tahunan bermula 20 April setiap tahun. Sejak acara sulungnya pada tahun 2000, sejumlah 20 acara MSAM yang merangkumi pameran dan pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan pelaburan telah dianjurkan di seluruh negara di setiap ibu negeri, dan kemudiannya ke bandar-bandar utama. Disokong oleh kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat korporat, pengunjung dan pemegang unit PNB dapat memahami dan belajar bagaimana wang mereka dilaburkan juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti mesti keluarga sepanjang minggu tersebut.

PROGRAM LAIN

KELAB PELABURAN BIJAK (KPBPNB)

KPBPNB ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan murid sekolah menengah. Sehingga kini, sebanyak 155 buah sekolah di seluruh negara telah dipilih menyertai Kelab Pelaburan Bijak PNB.

KUIZ PELABURAN PNB

Kuiz Pelaburan PNB merupakan pertandingan kuiz pelbagai kategori berkisarkan pelaburan, perancangan kewangan, unit amanah dan konsep risiko dan pulangan dalam pelaburan.

SEMINAR PELABURAN 360

Seminar harian yang dijalankan oleh perancang kewangan bertauliah ASNB di pelbagai lokasi kepada segenap lapisan masyarakat mengenai konsep perancangan kewangan.

FIESTA LABUR PNB

Merupakan acara tahunan anjuran ASNB, sebuah program hibur didik berteraskan pelaburan. Melalui Fiesta Labur, orang ramai mendapat pengetahuan mengenai pelaburan dan perancangan kewangan menerusi cara pembelajaran interaktif dan menyeronokkan. Acara ini menyediakan pelbagai aktiviti dan hiburan untuk seluruh anggota keluarga bertujuan mendidik dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan dalam kehidupan seharian mereka.